ari nie nak cerita pasal ak punye favourite buku ! ak akan cerite kan bab yg pertama ...name buku tu ade tertera di ats
========================================
BAB 1
Loceng Sekolah Antarabangsa Tengku Johan berdering menandakan waktu kelas pertama bermula . Kelas Bahasa Perancis langsung tidak menarik minat Meeya . Pandangan dilempar keluar . suara Madam Khoo dibiar tenggelam.
perutnya yang berkerongcong itu sedikit banyak mengganggu konsentrasinya . sesekali dia menekan perut supaya tidak didengari rakan sebelah . dia tidak sempat mahu bersarapan pagi tadi sebelum ke sekolah . Datuk Ilham dan Datin Mariam sudah dua hari berangkat ke United Kingdom atas urusan perniagaan keluarganya . nasib baiklah ada wak kassim dan mak jah iaitu pemandu dan pembantu rumah keluarga meeya
Aishah adalah anak kepada mak jah . mereka dua beranak tinggal bersama di rumah datuk ilham sejak kematian ayah aishah 3 tahun yang lalu . aishah menjadi teman baik meeya sejak meeya pulang ke malaysia bagi meneruskan persekolahannya di sini . walaupun mereka berlainan sekolah tetapi waktu tamat sesi sekolah mereka adalah sama . meeya pasti menyuruuh wak kassim singgah di sekolah menengah sri setia bagi menjemput aishah pulang bersama .
=================================================================
''Aishah , awak balik dengan kereta besar lagikah hai ini ?'' soalan intan membuat aishah terkedu .
''saya tumpang anak majikan ibu saya ,'' jawab aishah merendah diri . ''awak tunggu siapa pula ?'' tanya aishah apabila melihat intan meninjau ke luar pagar sekolah seperti menunggu seseorang .
''tunggu pemandu saya , sebernanya pemandu ayah saya ,'' jawab intan dengan tawa kecil tetapi megah .
''wah pemandu ! tapi sejak bila ayah awak ade pemandu ? '' aishah kelihatan bingung .
''sejak ... sejak ayah saya naik pangkat , '' intan tergagap- gagap menjawab soalan aishah .
'' baguslah , senanglah awak selepas nie , ada pemandu datang hantar dan jemput . ''
''bolehlah , tidak menyusahkan sesiapa . lagipun ayah saya akan belikan kereta apabila saya cukup umur mahu mengambil lesen . baiklah aishah , saya pergi dulu . munkin pemandu sya tunggu di hadapan sana . sya bukan apa , tak mahulah orang sekeliling mengata saya menunjuk nunjuk kekayaan pula . maklumlah , saya naik kereta Mercedes . saya pergi dulu ya . bye ! '' intan melambai seperti ratu cantik yang menang pertandingan dan menuju ke kedai makan yang berhadapan dengan sekolah .
''bye ! '' balas aishah malas . matanya mengekori lenggok tubuh intan yang berjalan melintas jalan . ''hai , aishah ! tunggu pemandukah ? '' tyegur hartini .
'' setakat hendak tumpang kereta orang lain , lebih baik tak payah ! saya lebih rela naik bas ! '' sindir nina yang bersuara nyaring .
ps;// : cerita ini akan disambung pada mase yang akan dtg ok ;)
harap bersabar hehe ! ;)
bye ! ! ! ;)